MUGILAVANI A.SUBRAMANIAM
1PPISMP TESL AMBILAN JUN 2019
GKB 1053-KEMAHIRAN BELAJAR 
PENSYARAH EN ZAKARIAH BIN ABD GHANI

PENYOALAN SOKRATIK 




Menyentuh tentang teknik penyoalan sokratik, seseorang harus memahami tentang maksud dan definisi perkataan “sokratik”. Sebelum itu, sejarah di sebalik perkataan tersebut harus diketahui. Sokratik berevolusi daripada perkataan “Socratic” (dalam bahasa Inggeris) yang berasal dari nama seorang tokoh yang terkenal dalam bidang falsafah. Beliau adalah Socrates, seorang ahli falsafah dari Yunani (Athens). Beliau dikreditasikan sebagai ahli falsafah moral yang pertama dalam tradisi pemikiran etika Barat. Kaedah sokratik (teknik penyoalan sokratik) juga dikenali sebagai kaedah Elenchus ialah satu bentuk dialog argumentatif antara individu-individu. Ia merangsang pemikiran secara kritis dan mengeluarkan idea-idea atau pendapat seseorang individu yang berlainan melalui medium menyoal dan menjawab. Secara umumnya, teknik ini sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru untuk mewujudkan perbincangan dalam kalangan para pelajar. Sememangnya teknik penyoalan sokratik adalah penting dalam proses pembelajaran.



TUJUAN PENYOALAN SOKRATIK




KAEDAH SOKRATIK


Guru mengemukakan pelbagai soalan kepada pelajar untuk berfikir secara mendalam dan meluas. Pelajar yang kerap berfikir akan memperolehi sifat ingin tahu yang tinggi secara tidak langsung. Contoh pendekatan yang kerap digunakan ialah dialog. Soalan yang baik perlu mengambil kira semua aspek, iaitu aras, skop dan fokus. Guru harus memahami aras soalan mengikut Taksonomi Bloom agar dapat mengemukakan soalan pada aras tinggi.



7 JENIS PENYOALAN SOKRATIK




















⇒SOALAN BERTUMPU & BERCAPAH














Kelebihan Teknik Penyoalan Sokratik



   Teknik penyoalan sokratik memberikan pelbagai kelebihan kepada para pembaca. Salah satu penyoalan sokratik iaitu jenis soalan untuk mendapatkan penjelasan memberikan peluang kepada para pembaca untuk berfikir secara rasional dan logik supaya hasil penjelasan itu masuk akal. Soalan sebegini akan menyebabkan para pembaca untuk keluar dengan suatu penjelasan yang logik bagi mereka. Hal ini akan menyedarkan mereka tentang tahap pemahaman dan penelitian berdasarkan sesuatu isu yang diajarkan kepada mereka dalam kelas. Teknik seterusnya iaitu soalan untuk menyiasat anggapan akan mengakibatkan para pembaca untuk berfikir secara kritis malah mendorong mereka menganggap suatu konsep atau idea mengenai ilmu yang disampaikan. Hal ini membolehkan mereka untuk membandingkan anggapan mereka dengan perkara yang benar dan tepat. Di samping itu, teknik lain iaitu soalan mengenai pandangan atau perspektif akan membantu para pembaca untuk berfikir secara terbuka dari pemikiran dan kefahaman mereka. Hal ini menyebabkan para pembaca untuk berfikir secara terbuka dan meluas dari pelbagai sudut pemikiran kerana jenis soalan ini tidak terikat kepada sesuatu konsep atau idea seseorang sahaja. Isu tersebut menyediakan medium yang sangat luas untuk para pembaca berfikir dan membuat kesimpulan secara matang. Akhir sekali, teknik soalan untuk mencungkil implikasi dan akibat memberikan ruang yang amat besar kepada para pembaca untuk berfikir tentang kesan - kesan pada masa depan sama ada positif atau negatif. Hal ini menyediakan para pembaca untuk bersedia menghadapi perkara - perkara pada masa depan.



                                                     


REFLEKSI

Melalui blog ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Khususnya, saya telah mengetahui tentang blog secara terperinci dengan cara-cara untuk membuka blog, membuat dan muat naik. Sudah semestinya, pembelajaran melalui ICT ini amat membantu diri unutk masa depan.

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas hadrat Tuhan dengan limpahan rahmat sya telah dianugerahkan segala keperluan unutk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada En. Zakariah bin Abd Ghani kerana tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak terhingga dengan penuh keikhlasan telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya dan rakan-rakan perjuangan sekalian kerana telah memberi sokongan moral agar saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
   
            













Comments

  1. Bravooo..... Are you a PhD holder🎈❤️

    ReplyDelete
  2. thank you for this blog. I am PPISMP 20/21.

    ReplyDelete
  3. I am PPISMP too. But can I ask a question? IS THIS "Mengapakah
    pengawasan alam sekitar penting?" question is one of the JENIS PENYOALAN SOKRATIK? everyone that is clear, feel free to answer , thank you .

    ReplyDelete
  4. https://macmillianguncenter.com/product/savage-stevens-320/
    https://macmillianguncenter.com/product/savage-arms/
    https://macmillianguncenter.com/product/rock-island-vr60/
    https://macmillianguncenter.com/product/remington-887/
    https://macmillianguncenter.com/product/remington-870/
    https://macmillianguncenter.com/product/mossberg-930-for-sale/
    https://macmillianguncenter.com/product/590-shockwave/
    https://macmillianguncenter.com/product/mossberg-590/
    https://macmillianguncenter.com/product/mossberg-500-home-defense/
    https://macmillianguncenter.com/product/mossberg-500-cruiser/
    https://macmillianguncenter.com/product/kel-tec-ksg/
    https://macmillianguncenter.com/product/henry-410/
    https://macmillianguncenter.com/product/vr80-shotgun/
    https://macmillianguncenter.com/product/ati-omni-hybrid/
    https://macmillianguncenter.com/product/ak-47-pistol/

    ReplyDelete

Post a Comment